Penulis, pakar motivasi dan pembimbing jualan

Setiap orang adalah jurujual































Friday 22 April 2011

Salam Penuh Ingatan

Saya bukanlah pakar dalam teknologi maklumat. Juga tidak mahir menggunakan peralatan teknologi. Namun ini bukanlah alasan untuk saya tidak menggunakan teknologi untuk mendekatkan diri dengan pembaca blog, terutamanya jurujual, mereka yang berminat menjual dan juga usahawan.

Saya cuba sedaya upaya untuk memberikan ilmu pengetahuan berguna kepada jurujual tentang kemahiran menjual. Samada ilmu pengetahun itu diberikan melalui seminar yang saya anjurkan mahupun menerusi laman Facebook saya (Gagal_Menjual) dan yang terbaharu melalui ciptaan blog ini.

Untuk menjadi seorang jurujual yang berjaya, haruslah disertai dengan kemahiran menjual yang lengkap. Untuk menjadi seorang jurujual profesional, tidak hanya perlu perubahan disiplin, ianya juga memerlukan perubahan minda - berubah daripada menjual tanpa ilmu kepada menjual dengan berilmu, berstruktur dan bersistematik.

Ramai jurujual yang ingin berubah tetapi tidak tahu di mana perubahan patut dilakukan. Mereka juga tidak tahu di mana sumber perubahan itu. Saya bersedia membantu mereka berubah melalui cara dan tindakan saya sendiri - melalui buku saya, motivasi jualan dan kemahiran jualan yang saya berikan dalam seminar, bengkel dan kelas saya, juga melalui laman Facebook dan Blog ini.

Jurujual perlu berubah. Jika tidak, pelanggan akan merubah mereka. Sekiranya ini terjadi, janganlah salahkan orang lain dan lihatlah ke dalam diri serta tanyakan sejauh mana sudah perubahan dibuat untuk kekal kompetitif berbanding dengan jurujual yang lain.

No comments:

Post a Comment