Penulis, pakar motivasi dan pembimbing jualan

Setiap orang adalah jurujual































Wednesday 27 April 2011

Jualan Offline mln Jualan Online - Bahagian 2

Jualan online dibuat secara 'mass' di mana tiada segmentasi jualan. Melalui sms yang dikirim secara 'mass' ini, jurujual menjadi seperti seorang nelayan yang menjala di sungai atau laut. Ia bergantung nasib  hasil tangkapan yang terlekat pada jala -  samada kecil atau besar.

Seandainya jualan dibuat menggunakan laman web, maka jualan 'pasif' sebegini adalah seperti nelayan yang memasang pukat - menunggu ikan masuk ke pukat sebagai 'rezeki' hari itu.

Jualan online akan menjadi menarik sekiranya disertakan dengan jualan offline. Kedua-dua jualan ini boleh menjadi penggenap dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Transaksi perniagaan yang dilakukan secara online, sepatutnya disusuli dengan transaksi offline. Sebagai contoh, sekiranya ada pertanyaan dibuat melalui internet, maka jurujual boleh menyusul dengan maklumat atau jawaban melalui panggilan telefon atau mengadakan temujanji dengan pelanggan yang bertanya.

Ini menunjukkan bahawa jurujual itu sebenarnya wujud dan bukan sekadar jurujual maya.

Begitu juga sekiranya jualan terhasil. Penghantaran produk atau perkhidmatan boleh dibuat secara bersemuka bagi memberitahu pelanggan bahawa jurujual maya itu wujud di alam nyata. Ini akan memudahkan lagi proses 'kepercayaan' pelanggan kepada jurujual.

Apa yang perlu dilakukan oleh jurujual maya adalah mewujudkan rasa percaya pelanggan dengan melengkapkan proses jualan dan mewujudkan jualan offline. Tidak perlu bertemu, cukup sekadar menelefon bagi mengesahkan kewujudan anda.

Amat menarik untuk melihat dan mengkaji akan kedua-dua kategori jualan ini. Saya dan seorang penulis buku internet terkenal, Zamri Mohamad, akan berganding tenaga untuk memberikan satu siri seminar mengenai jualan offline dan jualan online pada bulan Mei nanti, insya allah.

No comments:

Post a Comment