Penulis, pakar motivasi dan pembimbing jualan

Setiap orang adalah jurujual































Wednesday 4 May 2011

Jurujual 'hit-and-run'

Dalam kebanyakan seminar motivasi jualan yang saya adakan, ramai yang bertanya bagaimanakah untuk mendapatkan jualan dengan cepat tanpa mengambil masa terlalu lama?.

Saya berterus terang sahaja kepada mereka yang bertanyakan soalan ini - SAYA TIDAK MENGAJAR INDIVIDU MENJADI JURUJUAL 'MEE SEGERA'.

Ini kerana pendekatan yang saya gunakan adalah berdasarkan kepada perhubungan (relationship-based selling). dalam pendekatan ini, pembinaan hubungan  adalah asas kepada jualan di mana jurujual perlu membina hubungan terlebih dahulu bagi menimbulkan rasa 'suka' dan 'percaya' orang kepada dirinya.

Proses membina hubungan ini tidak berlaku secara segera. Ia memakan masa dan apabila ini berlaku, jurujual tadi akan dikenangi lama oleh pelanggannya.

Apabila sudah timbul kedua-dua 'rasa' itu, maka kerja menjual akan jadi lebih mudah. Langkah seterusnya adalah dengan melihat kepada keperluan, kehendak dan masalah mereka dan memadankannya dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Konsep 'caring is selling' digunapakai dalam langkah kedua ini. 'Caring' membawa maksud mengambil tahu dan ini dilakukan dengan bertanyakan soalan. Ini berlawanan dengan konsep 'telling is selling' yang diamalkan oleh kebanyakan jurujual!.

Jurujual 'hit-and-run' yang mementingkan keputusan segera dalam menjual memang ramai di dalam pelbagai industri. Pembinaan hubungan bukanlah menjadi agenda utama mereka semasa menjual. Mereka juga gemar menggunakan konsep 'telling is sharing' dan apabila jualan berlaku, pelanggan akan ditinggalkan dan mereka beralih kepada pelanggan yang lain pula.

Jualan adalah satu kehidupan. Jurujual memerlukan pasangannya, iaitu pelanggan dan hubungan ini adalah berkekalan dan jangka panjang.

Saya tidak mengajar individu menjadi jurujual segera atau 'hit-and-run'. Saya hanya mengajar individu menjadi jurujual sepanjang kehidupannya kerana setiap kita adalah jurujual!. Cuma  yang membezakannya adalah apa yang kita jual dan apakah tujuan kita menjual...


No comments:

Post a Comment