Penulis, pakar motivasi dan pembimbing jualan

Setiap orang adalah jurujual































Monday 30 May 2011

Jurujual mesti belajar menjual!

Dalam setiap siri seminar motivasi jualan yang saya berikan, memang tidak lupa saya berpesan kepada jurujual untuk belajar menjual. Ada masanya  pesanan saya ini mendapat reaksi sinis daripada jurujual. Saya tidak tahu kenapa, tetapi satu jawapan yang mungkin dapat saya berikan adalah seperti berikut : "Aku dah bertahun-tahun menjual cara ini, dapat jugak duit!"..

Belajar menjual tidak menjadikan kita ketinggalan di belakang. Ianya juga tidak menggambarkan kita seorang yang lemah atau tidak tahu menjual sehinggakan perlu diajar

Jualan seperti lain-lain bidang atau kerja adalah sesuatu yang dapat dipelajari dan bukannya datang secara semulajadi. Jadi, kalau boleh dipelajari, mengapa tidak menggunakan kesempatan untuk mempelajarinya dan menjadi pandai, cekap dan mahir di dalamnya?. Jawapannya terserah kepada jurujual!.

Dunia semakin pesat berkembang dan begitu jugalah akal manusia yang bernama pelanggan. Pelanggan adakalanya lebih berpengetahun tentang sesuatu produk yang mereka mahu dan pengetahuan ini ada kalanya melebihi pengetahuan jurujual. Pelanggan yang akalnya begini memerlukan jurujual yang 'setaraf akal' dengannya untuk membantu dan memberi keyakinan kepada mereka membeli sesuatu produk yang ditawarkan. Seandainya jurujual tadi tidak ikut serta menambah pengetahuannya dalam menjual, maka pelanggan sudah tentu akan mencari jurujual lain yang dapat membantunya membuat keputusan membeli. Maka, kita akan menjadi jurujual yang bukan sahaja ketinggalan ilmu pengetahuan, malahan akan ditinggalkan oleh pelanggan!.

Jurujual berjaya kebanyakannya sanggup mencari ilmu pengetahuan, samada melalui pembacaan mahupun menghadiri seminar atau kursus jualan yang mereka fikir dapat meningkatkan ilmu pengetahuan menjual. Kita tidak rugi apa-apa, malahan semakin banyak ilmu jualan yang diperolehi, semakin kita dapat menjual dalam pelbagai cara, kaedah dan pendekatan tertentu. Janganlah kita menjadi jurujual yang sudah bertahun menjual, tetapi masih menggunakan cara yang sama untuk setiap pelanggan yang ditemui dan tiada perubahan dilakukan dalam cara menjual itu.

Pesan yang saya sering berikan sebelum mengakhiri seminar jualan saya yang ingin saya kongsikan dengan lain-lain pembaca - JURUJUAL PERLU BERUBAH,KALAU TIDAK PELANGGAN AKAN MERUBAH MEREKA!..Sanggupkah anda menjadi sebahagian daripada mangsa perubahan ini?.


1 comment:

  1. Assalam mualaikum,

    Bilakah program motivasi (Jurujual) pada tahun 2012.

    Saya Hazli (019-2792029) sangat berminat mengikuti program tersebut.


    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete