Penulis, pakar motivasi dan pembimbing jualan

Setiap orang adalah jurujual































Thursday 26 May 2011

Mahu berjaya atau tidak?

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

Ini mungkin peribahasa tepat bagi menggambarkan sikap jurujual yang mencipta pelbagai alasan untuk gagal atau tidak mahu berjaya menjual. Yang menghairankan, alasan-alasan dangkal yang diberikan, tidak ada satu pun yang berkisar tentang jurujual - yang sering menjadi penyebab kegagalan ini adalah produk, organisasi yang diwakili, pelanggan, pemasaran dan adakalanya sistem perniagaan itu sendiri.

Begitu mudah untuk mencipta alasan gagal dan kemudiannya bertindak meninggalkan lapangan.

Di sepanjang pengalaman saya membantu jurujual menjual, saya bertemu dengan ramai jurujual sebegini. Lalu saya mendapat kesimpulan daripada 'pengakuan' mereka ini dan saya dapati jurujual sebegini mempunyai beberapa persamaan :

a. Mereka mempunyai pendapatan yang 'cukup makan' sahaja.
b. Mereka tidak mahu mempelajari sesuatu atau cara menjual yang baru dengan alasan yang cara itu tidak akan menjadi walaupun belum mencuba.
c. Mereka tidak mempunyai tujuan dan objektif serta tidak fokus dalam menjual.
d. Mereka tidak bergerak kemana-mana walaupun sudah boleh di anggap jurujual kanan (senior) dalam organisasi yang mereka wakili.
e. Mereka sukar menerima teguran atau pandangan orang lain dan beranggapan mereka sahaja yang betul kerana 'lamanya' mereka menjual berbanding dengan orang lain.

Persamaan inilah yang menyebabkan jurujual itu tidak berjaya mencapai apa-apa tahap dalam menjual, apatah lagi mendapat pendapatan yang lumayan. Inilah 'pemusnah' kehidupan dan inilah 'penyumbang' besar kegagalan menjual.

Di sepanjang saya membantu jurujual menjual, saya juga dapat melihat jurujual yang baru memasuki industri namun berusaha untuk maju dengan melakukan hal-hal yang berlawanan dengan persamaan di atas dan mereka berjaya dalam mendapat jualan dan pendapatan tertinggi melebihi jurujual yang 'bermasalah' ini. Kejayaan ini mereka raih  kerana mereka ingin mencapainya dan bergerak dan berusaha untuk melakukannya. Jadi, sudah terbukti, kalau kita mahu melakukannya, kita akan berusaha ke arah nya dan boleh berjaya !.

Setelah membantu ramai jurujual dan melihat akan masalah yang mereka hadapi, saya dapati masih banyak punca mengapa gagal menjual dan mungkin juga sudah tiba untuk saya menulis buku MENGAPA GAGAL MENJUAL - BAHAGIAN 2!.

No comments:

Post a Comment