tag:blogger.com,1999:blog-30455335668472675222024-03-13T06:46:18.820-07:00zamri aminuddinpenulis buku motivasi jualan / pakar motivasi dan pembimbing jualan / jurulatih bertauliah psmbzamri_aminuddinhttp://www.blogger.com/profile/10443024680248919185noreply@blogger.comBlogger12125tag:blogger.com,1999:blog-3045533566847267522.post-88447523826096429852011-05-30T08:52:00.000-07:002011-05-30T08:52:25.402-07:00Jurujual mesti belajar menjual!
Dalam setiap siri seminar motivasi jualan yang saya berikan, memang tidak lupa saya berpesan kepada jurujual untuk belajar menjual. Ada masanya pesanan saya ini mendapat reaksi sinis daripada jurujual. Saya tidak tahu kenapa, tetapi satu jawapan yang mungkin dapat saya berikan adalah seperti berikut : "Aku dah bertahun-tahun menjual cara ini, dapat jugak duit!"..

Belajar menjual tidak menjadikan kita ketinggalan di belakang. Ianya juga tidak menggambarkan kita seorang yang lemah atau tidak tahu menjual sehinggakan perlu diajar

Jualan seperti lain-lain bidang atau kerja adalah sesuatu yang dapat dipelajari dan bukannya datang secara semulajadi. Jadi, kalau boleh dipelajari, mengapa tidak menggunakan kesempatan untuk mempelajarinya dan menjadi pandai, cekap dan mahir di dalamnya?. Jawapannya terserah kepada jurujual!.

Dunia semakin pesat berkembang dan begitu jugalah akal manusia yang bernama pelanggan. Pelanggan adakalanya lebih berpengetahun tentang sesuatu produk yang mereka mahu dan pengetahuan ini ada kalanya melebihi pengetahuan jurujual. Pelanggan yang akalnya begini memerlukan jurujual yang 'setaraf akal' dengannya untuk membantu dan memberi keyakinan kepada mereka membeli sesuatu produk yang ditawarkan. Seandainya jurujual tadi tidak ikut serta menambah pengetahuannya dalam menjual, maka pelanggan sudah tentu akan mencari jurujual lain yang dapat membantunya membuat keputusan membeli. Maka, kita akan menjadi jurujual yang bukan sahaja ketinggalan ilmu pengetahuan, malahan akan ditinggalkan oleh pelanggan!.

Jurujual berjaya kebanyakannya sanggup mencari ilmu pengetahuan, samada melalui pembacaan mahupun menghadiri seminar atau kursus jualan yang mereka fikir dapat meningkatkan ilmu pengetahuan menjual. Kita tidak rugi apa-apa, malahan semakin banyak ilmu jualan yang diperolehi, semakin kita dapat menjual dalam pelbagai cara, kaedah dan pendekatan tertentu. Janganlah kita menjadi jurujual yang sudah bertahun menjual, tetapi masih menggunakan cara yang sama untuk setiap pelanggan yang ditemui dan tiada perubahan dilakukan dalam cara menjual itu.

Pesan yang saya sering berikan sebelum mengakhiri seminar jualan saya yang ingin saya kongsikan dengan lain-lain pembaca - JURUJUAL PERLU BERUBAH,KALAU TIDAK PELANGGAN AKAN MERUBAH MEREKA!..Sanggupkah anda menjadi sebahagian daripada mangsa perubahan ini?.

zamri_aminuddinhttp://www.blogger.com/profile/10443024680248919185noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-3045533566847267522.post-68014410551765945932011-05-26T09:52:00.000-07:002011-05-26T09:52:58.171-07:00Mahu berjaya atau tidak?"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

Ini mungkin peribahasa tepat bagi menggambarkan sikap jurujual yang mencipta pelbagai alasan untuk gagal atau tidak mahu berjaya menjual. Yang menghairankan, alasan-alasan dangkal yang diberikan, tidak ada satu pun yang berkisar tentang jurujual - yang sering menjadi penyebab kegagalan ini adalah produk, organisasi yang diwakili, pelanggan, pemasaran dan adakalanya sistem perniagaan itu sendiri.

Begitu mudah untuk mencipta alasan gagal dan kemudiannya bertindak meninggalkan lapangan.

Di sepanjang pengalaman saya membantu jurujual menjual, saya bertemu dengan ramai jurujual sebegini. Lalu saya mendapat kesimpulan daripada 'pengakuan' mereka ini dan saya dapati jurujual sebegini mempunyai beberapa persamaan :

a. Mereka mempunyai pendapatan yang 'cukup makan' sahaja.

b. Mereka tidak mahu mempelajari sesuatu atau cara menjual yang baru dengan alasan yang cara itu tidak akan menjadi walaupun belum mencuba.

c. Mereka tidak mempunyai tujuan dan objektif serta tidak fokus dalam menjual.

d. Mereka tidak bergerak kemana-mana walaupun sudah boleh di anggap jurujual kanan (senior) dalam organisasi yang mereka wakili.

e. Mereka sukar menerima teguran atau pandangan orang lain dan beranggapan mereka sahaja yang betul kerana 'lamanya' mereka menjual berbanding dengan orang lain.

Persamaan inilah yang menyebabkan jurujual itu tidak berjaya mencapai apa-apa tahap dalam menjual, apatah lagi mendapat pendapatan yang lumayan. Inilah 'pemusnah' kehidupan dan inilah 'penyumbang' besar kegagalan menjual.

Di sepanjang saya membantu jurujual menjual, saya juga dapat melihat jurujual yang baru memasuki industri namun berusaha untuk maju dengan melakukan hal-hal yang berlawanan dengan persamaan di atas dan mereka berjaya dalam mendapat jualan dan pendapatan tertinggi melebihi jurujual yang 'bermasalah' ini. Kejayaan ini mereka raih kerana mereka ingin mencapainya dan bergerak dan berusaha untuk melakukannya. Jadi, sudah terbukti, kalau kita mahu melakukannya, kita akan berusaha ke arah nya dan boleh berjaya !.

Setelah membantu ramai jurujual dan melihat akan masalah yang mereka hadapi, saya dapati masih banyak punca mengapa gagal menjual dan mungkin juga sudah tiba untuk saya menulis buku MENGAPA GAGAL MENJUAL - BAHAGIAN 2!.
zamri_aminuddinhttp://www.blogger.com/profile/10443024680248919185noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3045533566847267522.post-70883991719247262132011-05-25T07:53:00.000-07:002011-05-25T07:55:21.949-07:00Mengekal Kesetiaan Pelanggan
'kami sering memikirkan bagaimana untuk menyediakan bas yang cantik dan selesa untuk penumpang kami yang terdiri daripada penyanyi terkenal. Akhirnya kami dapati mereka bukanlah sangat memerlukan tempat duduk yang cantik dan selesa, TETAPI PEMANDU BAS YANG BERWIBAWA'... [Scott McKain, dalam buku WHAT CUSTOMERS REALLY WANT]

Pernyataan di atas merupakan sebahagian daripada petikan dalam buku terbaru saya - TAKE 5! (Ingatan Kepada Jurujual). Ianya menggambarkan kaedah dan cara yang cuba dilakukan untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan namun di akhirnya, pelanggan melihat kesetiaan daripada sudut yang berbeza daripada jurujual!.

Memang ada kalanya jurujual sering mengaitkan kesetiaan pelanggan dengan memberikan pendekatan yang 'pelik' dan 'aneh' dengan tujuan yang hal-hal yang pelik dan aneh ini dapat memberikan impak besar dan seterusnya melahirkan kesetiaan pelanggan kepada produk atau perkhidmatan dan juga kepada jurujual serta organisasinya.

Namun begitu, pelanggan melihat kesetiaan daripada perspektif berbeza. Pada mereka, tidak perlu hal-hal yang pelik dan aneh untuk mencipta kesetiaan. Cukup dengan hal-hal biasa yang mana jika dilakukan akan menjadi hal yang aneh dan pelik tatkala pesaing atau jurujual lain tidak melakukannya.

Hal-hal biasa ini boleh jadi hal-hal yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Sebagai contoh, sekiranya dahulu jurujual menghilangkan diri selepas saja transasksi jualan berlaku, sekarang cuba ubah cara ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti selepas jualan. Ini perkara biasa sahaja, tetapi tidak pernah dilakukan sebelum ini dan ini akan dapat melahirkan kesetiaan pelanggan terhadap jurujual.

Kesimpulannya - jurujual hanya perlu melakukan hal-hal biasa yang tidak pernah dilakukan sebelum ini bagi mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap mereka. Apabila ini dilakukan maka secara langsung, jurujual tadi telah meletakkan diri mereka sebagai jurujual yang disukai dan dipercayai oleh pelanggan dan kedua-dua sifat terpuji ini akan menjadi faktor utama kesetiaan pelanggan terhadap jurujual, produk dan organisasi yang diwakilinya.

Selamat mencuba melakukan hal-hal biasa yang tidak pernah dilakukan sebelum ini bagi membina kesetiaan pelanggan. Belum terlambat untuk mencuba!.

zamri_aminuddinhttp://www.blogger.com/profile/10443024680248919185noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3045533566847267522.post-35517012395862393352011-05-19T07:42:00.000-07:002011-05-19T07:42:33.599-07:00Bagaimana melayakkan prospek sebagai pelanggan?
Jurujual selalunya bermasalah untuk menentukan samada seseorang prospek itu layak dijadikan pelanggan?. Sebelum saya jelaskan dengan lebih lanjut berkenaan dengan 'kelayakan' ini, elok saya berikan dahulu perbezaan di antara prospek dan pelanggan. Ini kerana ada di kalangan jurujual sendiri yang keliru akan penggunaan terma berkenaan.

Prospek membawa maksud individu atau organisasi yang mana jurujual akan berurusan dengannya sebelum ia membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan sementara pelanggan pula adalah individu atau entiti yang telah membeli dan sedang menggunakan produk atau perkhidmatan kita.

Selalunya jurujual beranggapan prospek yang mendengar dengan penuh kusyuk akan penerangan yang diberikan akan menjadi pelanggannya. Ini sebenarnya tidak benar dan jarang berlaku!.

Terdapat lima ciri-ciri utama yang jurujual perlu lihat sebelum melayakkan prospek tadi menjadi pelanggan dan kelima-lima ciri-ciri ini perlu ada dalam diri prospek sebelum mereka membeli produk / perkhidmatan yang kita tawarkan :

a. Prospek memerlukan produk yang kita jual dan peka dengannya.

b. Prospek mempunyai kuasa untuk membeli dan berupaya membayar.

c. Prospek mempunyai keperluan segera untuk mendapatkan produk yang ditawarkan.

d. Prospek mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap jurujual dan organisasi yang jurujual wakili.

e. Prospek bersedia mendengar penerangan jurujual.

Seandainya ciri-ciri ini tidak ada semasa jurujual menjalinkan hubungan dengan prospek, maka amat sukar untuk jurujual mendapatkan jualan.

Persoalannya, bagaimanakah jurujual dapat 'mencungkil' ciri-ciri berkenaan ?. Sudah kerap kali saya berikan jawapannya, sekarang terpulang kepada pembaca mencari jawapannya sendiri!.

Ingatan kepada jurujual - selagi ciri-ciri ini tidak ditonjolkan oleh prospek, selagi itulah mereka tidak akan menjadi pelanggan anda!.
zamri_aminuddinhttp://www.blogger.com/profile/10443024680248919185noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3045533566847267522.post-37903667242478789162011-05-04T05:01:00.000-07:002011-05-04T05:01:47.473-07:00Jurujual 'hit-and-run'
Dalam kebanyakan seminar motivasi jualan yang saya adakan, ramai yang bertanya bagaimanakah untuk mendapatkan jualan dengan cepat tanpa mengambil masa terlalu lama?.

Saya berterus terang sahaja kepada mereka yang bertanyakan soalan ini - SAYA TIDAK MENGAJAR INDIVIDU MENJADI JURUJUAL 'MEE SEGERA'.

Ini kerana pendekatan yang saya gunakan adalah berdasarkan kepada perhubungan (relationship-based selling). dalam pendekatan ini, pembinaan hubungan adalah asas kepada jualan di mana jurujual perlu membina hubungan terlebih dahulu bagi menimbulkan rasa 'suka' dan 'percaya' orang kepada dirinya.

Proses membina hubungan ini tidak berlaku secara segera. Ia memakan masa dan apabila ini berlaku, jurujual tadi akan dikenangi lama oleh pelanggannya.

Apabila sudah timbul kedua-dua 'rasa' itu, maka kerja menjual akan jadi lebih mudah. Langkah seterusnya adalah dengan melihat kepada keperluan, kehendak dan masalah mereka dan memadankannya dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Konsep 'caring is selling' digunapakai dalam langkah kedua ini. 'Caring' membawa maksud mengambil tahu dan ini dilakukan dengan bertanyakan soalan. Ini berlawanan dengan konsep 'telling is selling' yang diamalkan oleh kebanyakan jurujual!.

Jurujual 'hit-and-run' yang mementingkan keputusan segera dalam menjual memang ramai di dalam pelbagai industri. Pembinaan hubungan bukanlah menjadi agenda utama mereka semasa menjual. Mereka juga gemar menggunakan konsep 'telling is sharing' dan apabila jualan berlaku, pelanggan akan ditinggalkan dan mereka beralih kepada pelanggan yang lain pula.

Jualan adalah satu kehidupan. Jurujual memerlukan pasangannya, iaitu pelanggan dan hubungan ini adalah berkekalan dan jangka panjang.

Saya tidak mengajar individu menjadi jurujual segera atau 'hit-and-run'. Saya hanya mengajar individu menjadi jurujual sepanjang kehidupannya kerana setiap kita adalah jurujual!. Cuma yang membezakannya adalah apa yang kita jual dan apakah tujuan kita menjual...
zamri_aminuddinhttp://www.blogger.com/profile/10443024680248919185noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3045533566847267522.post-61550736850740961572011-04-28T21:30:00.000-07:002011-04-28T21:30:48.298-07:00Teruja melihat dan mengajar jurujual muda di Johor Bharu!
Semalam saya memberikan seminar percuma dan ringkas kepada beberapa orang jurujual yang rata-rata baru ingin belajar menjual.

Seminar yang berlangsung di Pasir Gudang memberikan harapan cerah kepada profesion ini - anak-anak muda sudah menginginkan ilmu pengetahuan tentang kemahiran menjual dan sudah ingin belajar menjual dengan cara yang lebih berstruktur dan bersistematik.

Seminar semalam berjalan selama 1 jam dan berkisar tentang tajuk MENGAPA GAGAL MENJUAL. Tujuan saya bukanlah untuk menakutkan mereka yang baru menjual, tetapi lebih untuk menyiapkan diri mereka dengan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menggelakkan kegagalan semasa menjual.

KEGAGALAN MENJUAL bermula apabila jurujual GAGAL UNTUK MELETAKKAN DALAM MINDA MEREKA BAGAIMAN UNTUK BERJAYA. Inilah faktor utama kegagalan. Pernyataan kejayaan di dalam minda ini pula haruslah disertakan dengan pertanyaan BAGAIMANA UNTUK BERJAYA MENJUAL?.

Untuk berjaya, saya berikan beberapa pendekatan yang perlu dilakukan dan semuanya (kerja menjual) akan menjadi lebih mudah sekiranya pendekatan ini dijalankan disertai dengan kerja kuat, usaha dan yang pentingnya tawakal kepada Allah swt.

Saya juga memberikan beberapa tips berguna untuk mengelakkan rasa malu untuk menjual dan juga tips untuk menangani bangkangan yang ringkas tetapi berkesan.

Kesemua pendekatan ini akan dapat dipelajari dengan lebih terperinci melalui PROGRAM PENSIJILAN JURJUAL PROFESIONAL (CSPP) yang akan diadakan di Johor Bharu pada bulan Jun nanti dan peserta yang ingin berdaftar bolehlah menghubungi no telefon 019 - 7795108 untuk mendapatkan keterangan lanjut. Bagi pendaftaran awal, peserta akan mendapat potongan yuran sebanyak RM 300 dan kelas akan diadakan di Pasir Gudang.

Belum terlambat untuk menambah ilmu pengetahuan menjual bagi menghasilkan jualan yang lebih di masa hadapan. Pendekatan saya sudah terbukti berjaya dan apa yang jurujual perlu lakukan adalah menjual mengikut cara dan pendekatan yang bakal diberikan.

Untuk anak muda Johor yang berminat untuk menjadikan jualan sebagai sumber perniagaan, inilah peluang anda untuk melakukannya!..

zamri_aminuddinhttp://www.blogger.com/profile/10443024680248919185noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3045533566847267522.post-50656474191691931122011-04-27T08:39:00.000-07:002011-04-27T08:39:02.670-07:00Jualan Offline mln Jualan Online - Bahagian 2
Jualan online dibuat secara 'mass' di mana tiada segmentasi jualan. Melalui sms yang dikirim secara 'mass' ini, jurujual menjadi seperti seorang nelayan yang menjala di sungai atau laut. Ia bergantung nasib hasil tangkapan yang terlekat pada jala - samada kecil atau besar.

Seandainya jualan dibuat menggunakan laman web, maka jualan 'pasif' sebegini adalah seperti nelayan yang memasang pukat - menunggu ikan masuk ke pukat sebagai 'rezeki' hari itu.

Jualan online akan menjadi menarik sekiranya disertakan dengan jualan offline. Kedua-dua jualan ini boleh menjadi penggenap dan saling memerlukan antara satu sama lain.

Transaksi perniagaan yang dilakukan secara online, sepatutnya disusuli dengan transaksi offline. Sebagai contoh, sekiranya ada pertanyaan dibuat melalui internet, maka jurujual boleh menyusul dengan maklumat atau jawaban melalui panggilan telefon atau mengadakan temujanji dengan pelanggan yang bertanya.

Ini menunjukkan bahawa jurujual itu sebenarnya wujud dan bukan sekadar jurujual maya.

Begitu juga sekiranya jualan terhasil. Penghantaran produk atau perkhidmatan boleh dibuat secara bersemuka bagi memberitahu pelanggan bahawa jurujual maya itu wujud di alam nyata. Ini akan memudahkan lagi proses 'kepercayaan' pelanggan kepada jurujual.

Apa yang perlu dilakukan oleh jurujual maya adalah mewujudkan rasa percaya pelanggan dengan melengkapkan proses jualan dan mewujudkan jualan offline. Tidak perlu bertemu, cukup sekadar menelefon bagi mengesahkan kewujudan anda.

Amat menarik untuk melihat dan mengkaji akan kedua-dua kategori jualan ini. Saya dan seorang penulis buku internet terkenal, Zamri Mohamad, akan berganding tenaga untuk memberikan satu siri seminar mengenai jualan offline dan jualan online pada bulan Mei nanti, insya allah.
zamri_aminuddinhttp://www.blogger.com/profile/10443024680248919185noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3045533566847267522.post-7536691982459889322011-04-25T08:47:00.000-07:002011-04-25T08:52:35.422-07:00Jualan Offline mln Jualan Online - Bahagian 1
Sesudah selesai pelancaran buku penulis-penulis True Wealth pada hari Sabtu lepas, saya sempat bersembang sambil makan tengahari dengan beberapa orang anak muda yang juga penulis True Wealth yang menulis berkaitan dengan perniagaan menggunakan internet.

Duduk semeja dan berbual dengan mereka membuka pandangan saya dengan lebih jelas lagi terhadap jualan online yang kini semakin mendapat tempat di kalangan orang muda yang beranggapan ini adalah cara menjual sesuai dengan citarasa mereka.

Saya akui saya masih lagi seorang yang konservatif, terutamanya apabila bercakap tentang menjual. Ini kerana selama 12 tahun terlibat dalam kerjaya menjual, saya beranggapan menjual secara offline masih lagi merupakan cara terbaik, selamat dan mempunyai sentuhan kemanusiaan yang dapat mengeratkan hubungan di antara pelanggan dan jurujual yang memungkinkan jualan berulang berlaku.

Namun demikian, saya tidaklah mengatakan jualan online itu tidak sesuai dan juga tidak menafikan yang jualan offline itu tiada cacat celanya. Yang pasti kedua-dua pendekatan jualan ini mempunyai pro dan kontranya tersendiri dan kedua-dua kaedah menjual ini mempunyai pengikutnya tersendiri, samada pelanggan mahupun jurujual.

Dalam bahagian 1 ini, saya cuba menyentuh banyak jualan online kerana jualan offline telah banyak saya jelaskan kaedah dan pendekatannya melalui buku dan tulisan saya lewat laman Facebook dan blog ini. Ini kali pertama saya menyentuh secara terperinci jualan online dan diharap ianya tidak menimbulkan sebarang kontroversi di kalangan penggiat jualan online.

(Saya akan cuba menggelak menggunakan perkataan-perkataan atau terma teknologi maklumat kerana saya tidak mahir dalam hal ini. Saya juga mohon maaf seandainya ada terma yang digunakan tidak menepati kehendak cerita sebenarnya kerana kekurangan pengetahuan saya dalam teknologi maklumat ini)

Jualan online kelihatan mudah - samada kepada pelanggan atau jurujual. Untuk tujuan nota ini, saya akan memberikan penumpuan kepada kerja-kerja menjual dan mengabaikan peranan pelanggan.

Jurujual online tidak perlu bersemuka dengan pelanggan. Segala urusan, bermula daripada promosi dan menjual dilakukan di alam maya - yang kelihatan adalah saling berbalas email dan pertukaran produk dan duit juga berlaku dengan cara yang sama - di alam maya.

Jurujual online tidak menggunakan telefon atau fax sebagai medium komunikasi. Mereka menggunakan email atau sms melalui internet bagi tujuan menjual dan begitu juga pelanggan. Kos sudah dapat dijimatkan dengan banyak.

Jurujual online tidak perlu bergerak jauh untuk pergi ke satu tempat. Walaupun urusan jualan berlaku dengan pelanggan dari luar negara, semuanya dilakukan di dalam rumah, pejabat dan ada juga di pusat siber. Segala-galanya cukup mudah dan menjimatkan masa dan tenaga.

Jurujual online tidak perlu menghabiskan banyak masa menyediakan kertas cadangan. Hanya perlu menyediakan laman web atau lain-lain hal yang berkaitan dengan promosi dan hanya dengan sekali klik, dapat sampai ke tangan pelanggan dengan selamat.

Kesimpulannya, jualan online menjimatkan banyak perkara - dari wang, tenaga dan juga masa. Semuanya kelihatan mudah. Semuanya kelihatan berjaya dan sesiapa pun boleh melakukannya.Ini dapat kita lihat melalui lambakan email yang mengajak dan mempengaruhi kita untuk menjadi kaya dan jutawan melalui jualan internet. Namun pada hakikatnya, adakah begitu?....(Bersambung)

zamri_aminuddinhttp://www.blogger.com/profile/10443024680248919185noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3045533566847267522.post-7323806783955994732011-04-24T05:14:00.000-07:002011-04-24T05:14:49.460-07:00Testimoni Pelajar Saya
Kelas jualan yang saya kendalikan untuk agen-agen ECPI telah pun berakhir pagi tadi. Semalam telah diadakan majlis penyampaian hadiah oleh pengurusan Gesundheit kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai sasaran jualan sepanjang 4 bulan kelas berjalan. (Untuk pengetahuan umum, kelas ini tiada peperiksaan, namun pelajar diberikan sasaran jualan dan prestasi mereka diukur melalui pencapaian sasaran ini. penambahbaikan dilakukan sepanjang kelas berjalan).

Melalui post-mortem yang dilakukan oleh pihak pengurusan, dapatan berikut terhasil :

a. Tahap keyakinan diri dan ilmu pengetahuan semakin bertambah.

b. Pencapaian ahli dan jualan meningkat 50 %

c. Hasil pendapatan peserta meningkat 50% dan ada yang melangkaui angka berkenaan.

Berikut saya berikan beberapa testimoni daripada agen-agen ECPI yang mengikuti kelas saya bagi melihat keberkesanan kaedah dan pendekatan jualan yang saya berikan :

" ...perubahan demi perubahan telah berlaku sepanjang pembelajaran.Tetapi yang seronoknya adalah :

a. Daripada tiada ahli ECPI, kini telah bertambah 130 orang dalam masa 2 bulan.

b. Bilangan SP meningkat kepada 40 orang

Sesungguhnya sepanjang kelas yang saya hadiri bersama En. Zamri, banyak mendedahkan skil-skil yang 100% boleh dipraktikkan di alam nyata...

MUHAMAD ADHA, MAJ 3 ENTERPRISE

019 - 7795108

"Saya telah berjaya meningkatkan jualan dalam perniagaan saya setelah mendapat tunjuk ajar serta bimbingan daripada En. Zamri setelah 4 bulan mengikuti kelas beliau. Kaedah dan teknik yang diajar amat berkesan di mana ramai jurujual tidak mengetahuinya. Jualan saya telah meningkat daripada satu bulan ke bulan yang berikutnya".

MOHD ZAINI BIN SAIDIN

BANDAR SRI DAMANSARA

"Sebelum ini tahap pengetahuan saya dalam teknik jualan hanya 20% sahaja tetapi setelah mengikuti kelas En. Zamri, tahap saya meningkat sehingga 70%. Lebih mudah difahami dan lebih teratur. Saya lebih yakin berhadapan dengan pelanggan. Jualan saya juga meningkat dan penambahan ahli baru seramai 97 orang dalam tempoh 3 bulan".

ROZILAN RAHMAN

RAWANG, SELANGOR ( 012 - 6443313)

"Semenjak menghadiri kelas En. Zamri saya mendapati perubahan dalam diri saya. Daripada seorang yang agak pendiam, saya sudah menjadi seorang yang banyak mulut. Saya telah berani berjumpa dengan pelanggan untuk menaja menjadi ahli ECPI. Yang penting, saya lebih yakin dan berani untuk menjual, menaja dan memberi khidmat seterusnya".

KHADIJAH MD SAID / 017-8780801

Bukanlah niat saya untuk bermegah-megah dengan kejayaan ini apatah lagi merasa riak atau takbur. Saya ingin menyatakan bahawa jurujual boleh berjaya sekiranya mereka mahu dan tidak segan-silu untuk belajar sesuatu, terutamanya kemahiran menjual yang sepatutnya menjadi satu hal yang wajib diketahui.

Belum terlambat untuk memperbaiki keadaan sekiranya kita mahu lakukan perubahan dan saya bercadang untuk mengadakan beberapa SIRI MINI SEMINAR KEMAHIRAN JUALAN untuk jurujual yang berminat. Tunggu kedatangannya di lokasi terpilih.

zamri_aminuddinhttp://www.blogger.com/profile/10443024680248919185noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3045533566847267522.post-72647188176213503512011-04-23T01:47:00.000-07:002011-04-23T09:26:10.100-07:00PBAKL - bukan sekadar himpunan penerbit buku!.

Saya baru selesai menghadiri majlis pelancaran buku penulis-penulis di bawah penerbitan True Wealth di PWTC, Kl sebentar tadi. Sungguh ramai dan meriah, terutamanya program yang berjalan sebelum program pelancaran buku True Wealth - pelancaran buku Tun Dr. Mahathir Mohamad.

PBAKL merupakan himpunan tahunan penerbit dan pengedar buku Malaysia dan luar negara. Saya berkesempatan melawat beberapa booth dari Indonesia, Iran, Singapura dan juga UK dan kelihatan mereka juga merasa teruja untuk mempamerkan buku karya negara masing-masing.

Bagi saya, PBAKL bukan sekadar himpunan penerbit dan pengedar buku sahaja. Ianya juga merupakan himpunan penulis yang menulis dalam pelbagai bidang serta himpunan penulis yang bernaung di pelbagai penerbitan.

Peluang yang datang setahun sekali ini, saya habiskan dengan berjumpa dengan lain-lain penulis daripada penerbitan yang lain, terutamanya dari PTS.(Saya merupakan bekas penulis PTS dan buku pertama saya MENGAPA GAGAL MENJUAL adalah hasil terbitan mereka).

Walaupun sudah berada di luar PTS, saya masih lagi berhubung dengan penulis-penulis di sana, seing berbincang mengenai penulisan dan juga bertukar-tukar pandangan dan pendapat demi untuk memajukan diri dalam bidang penulisan. Ini kerana saya bermula sebagai penterjemah sebelum menulis buku sendiri!.

Pertemuan dengan penulis-penulis di bawah bumbung True Wealth juga amat saya nantikan. Walaupun di bawah satu bumbung, namun jarang berjumpa, kecuali seorang berdua yang kebetulan tinggal berdekatan dan bekerja dalam satu organisasi dengan saya. Banyak idea-idea baru dilahirkan dalam pertemuan singkat ini dan saya amat mengalukan-alukan pandangan dan idea mereka. Tidak kurang juga beberapa orang penulis muda meminta tips daripada saya tentang menjual dan saya berikan untuk membantu mereka menjual perkhidmatan mereka dengan lebih baik.

Saya juga ditawarkan menulis dalam majalah maya (online) oleh salah seorang pengasas majalahniaga.com yang juga menjadi penulis True Wealth. Kesempatan dan peluang ini akan saya gunakan untuk membantu usahawan dan jurujual menjual dengan lebih baik.

Saya amat berterima kasih kepada pengurusan True Wealth kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk terus menulis dan bernaung di bawah mereka. Mudah-mudahan usaha mereka untuk memertabatkan ilmu pengetahuan melalui buku akan diberkati dan mendapat balasanNya, Insya Allah.
zamri_aminuddinhttp://www.blogger.com/profile/10443024680248919185noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3045533566847267522.post-84884998440218021182011-04-22T17:44:00.000-07:002011-04-22T17:54:54.305-07:00Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan saya

Akhir-akhir ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) menjadi begitu dekat dengan saya. Kalau dahulu, saya jarang berkunjung ke sini kerana terlibat dengan hal-hal tertentu, namun sudah dua tahun berturut-turut PBAKL menjadi satu acara tahunan yang penting dan mengubah lanskap kehidupan saya.

Semuanya bermula dalam tahun 2009 apabila buku kedua saya dihantar untuk tujuan cadangan cetakan kepada True Wealth. Entiti ini merupakan sebuah entiti penerbitan buku milik Azizi Ali - seorang penulis, pakar motivasi dan juga terkenal sebagai jutawan hartanah.

Saya diterima bernaung di bawah penerbitan beliau dan buku kedua saya (yang pertama diterbitkan oleh True Wealth) iaitu MENGAJAR JURUJUAL MENARI setuju untuk diterbitkan dan ianya dilancarkan pada PBAKL tahun 2010. Semenjak itu, PBAKL menjadi dekat dengan diri saya dan berazam untuk menghasilkan lebih buku bagi tujuan memberikan ilmu pengetahuan berguna kepada jurujual, mereka yang berminat menjual dan juga usahawan.

Hari ini, sempena pesta buku tahunan PBAKL, sebuah lagi buku saya, NOTA JUALAN NOTA KEJAYAAN akan dilancarkan. Ini adalah buku ketiga dalam siri motivasi jualan dan tujuannya sama - memberikan kemahiran jualan kepada kumpulan sasaran yang dekat di hati saya agar mereka terbela dan mempunyai sumber rujukan untuk memahirkan diri menjual.

Pelancaran ini akan diadakan pada pukul 12 tengahari di ruang legar PWTC, bersama-sama dengan lain-lain penulis yang benaung di bawah True Wealth. Saya rasa bertuah kerana dapat bernaung dengan entiti penerbitan yang perihatin akan ilmu pengetahuan dan berusaha untuk terus menulis di masa hadapan. (Buku keempat yang diberi judul TAKE 5! (Ingatan kepada jurujual) sudah hampir siap dan akan diserahkan kepada True Wealth pada akhir bulan Mei nanti).

Saya juga tidak lupa kepada PTS Publication - entiti penerbitan yang mencungkil bakat saya dalam penulisan. Saya mempunyai ramai kenalan penulis di sini an masih terus berhubungan dengan mereka, terutamanya Tuan Fauzul Naim dan Zamri Mohamad. Jasa mereka menerbitkan buku pertama saya MENGAPA GAGAL MENJUAL akan terpahat dan usaha mereka memertabatkan ilmu pengetahuan melalui buku akan mendapat limpahan kurnia daripadaNya.

Seandainya pembaca dan jurujual ingin meluangkan masa mencari bahan bacaan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan lupa akan pelancaran buku saya di ruang legar PWTC dan juga pergi ke booth True Wealth nanti. Saya juga berada di sana sekitar pukul 2 hingga 3 petang.

Selamat membaca dan mencari ilmu untuk memahirkan diri menjual!..
zamri_aminuddinhttp://www.blogger.com/profile/10443024680248919185noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-3045533566847267522.post-69180017145541950872011-04-22T09:12:00.000-07:002011-04-22T17:53:50.353-07:00Salam Penuh Ingatan
Saya bukanlah pakar dalam teknologi maklumat. Juga tidak mahir menggunakan peralatan teknologi. Namun ini bukanlah alasan untuk saya tidak menggunakan teknologi untuk mendekatkan diri dengan pembaca blog, terutamanya jurujual, mereka yang berminat menjual dan juga usahawan.

Saya cuba sedaya upaya untuk memberikan ilmu pengetahuan berguna kepada jurujual tentang kemahiran menjual. Samada ilmu pengetahun itu diberikan melalui seminar yang saya anjurkan mahupun menerusi laman Facebook saya (Gagal_Menjual) dan yang terbaharu melalui ciptaan blog ini.

Untuk menjadi seorang jurujual yang berjaya, haruslah disertai dengan kemahiran menjual yang lengkap. Untuk menjadi seorang jurujual profesional, tidak hanya perlu perubahan disiplin, ianya juga memerlukan perubahan minda - berubah daripada menjual tanpa ilmu kepada menjual dengan berilmu, berstruktur dan bersistematik.

Ramai jurujual yang ingin berubah tetapi tidak tahu di mana perubahan patut dilakukan. Mereka juga tidak tahu di mana sumber perubahan itu. Saya bersedia membantu mereka berubah melalui cara dan tindakan saya sendiri - melalui buku saya, motivasi jualan dan kemahiran jualan yang saya berikan dalam seminar, bengkel dan kelas saya, juga melalui laman Facebook dan Blog ini.

Jurujual perlu berubah. Jika tidak, pelanggan akan merubah mereka. Sekiranya ini terjadi, janganlah salahkan orang lain dan lihatlah ke dalam diri serta tanyakan sejauh mana sudah perubahan dibuat untuk kekal kompetitif berbanding dengan jurujual yang lain.
zamri_aminuddinhttp://www.blogger.com/profile/10443024680248919185noreply@blogger.com0